Ekelas Subjek Sains Tahun 6
17 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 16 Februari 2019,Maxis telah melancarkan program portal e-Kelas iaitu pendidikan secara digital dan percuma di beberapa tempat terpilih Pusat Internet di seluruh Malaysia. eKelas sebelum ini khas untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Untuk sesi 2019, pembelajaran e-Kelas turut disertai pelajar Tahun 6, Tingkatan 4 dan 5. Matapelajaran yang diajar termasuklah English, Matematik dan Sains.
Kebaikan yang boleh diperolehi adalah murid boleh menguasai matapelajaran yang diajar secara percuma tanpa ada pengecualian. Selain itu, boleh membantu murid untuk meningkatkan pencapaian akademik. Juga membolehkan murid menguasai teknik – teknik lain selain dari pelajaran asas yang diajar di sekolah. Pelajar yang kurang mampu untuk membayar kelas tusyen di luar berpeluang untuk menyertai e-kelas ini.Seramai 7 orang pelaja tahun 6 yang terlibat.
Terima kasih kepada pelajar yang terlibat.Diharap pembelajaran ini akan lebih membantu pelajar dengan menambah ilmu pengetahuan dan akan lebih bersedia menghadapi peperiksaan yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: